Harga Besi Naik 100%, Anda Jenis Client Yang Macam Mana?
Pada tahun 2021 sahaja harga besi telah meningkat sebanyak dua kali, kali pertama adalah pada Mac 2021 dan yang terkini adalah pada bulan November 2021.Situasi ini telah memerangkap dan memberi kesan kepada dua golongan iaitu;
- Kontraktor yang “Buang Harga”
- Client yang “Terlampau Berjimat”

Kontraktor “Buang Harga”
Kontraktor yang memilih untuk membuang harga bukan sahaja merosakkan harga pasaran bina rumah. Tanpa sedar, mereka telah membina perangkap yang akhirnya memakan diri sendiri.
Ketika situasi harga besi meningkat, mereka berdepan dengan masalah antaranya tidak mampu untuk menyiapkan rumah pelanggan atau jika berjaya menyiapkan rumah, mereka akan mengalami kerugian disebabkan pertambahan kos bahan binaan.
Golongan ini biasanya terdiri daripada usahawan yang baru 3 tahun menceburi industry binaan. Jika anda berada di kategori ini, anda boleh meneroka “Teknologi Binaan” terkini di pasaran antaranya penggunaan bata ringan yang terbukti dapat mengurangkan kos binaan rumah oleh kontraktor.
Client yang “Terlampau Berjimat”
Penjimatan itu bagus, tetapi ianya perlu realistik dengan keadaan semasa. Apabila pelanggan terlalu mementingkan “harga murah” berbanding memilih kualiti kerja maka haruslah bersedia dalam menhadapi risiko.
Antara risiko yang perlu di hadapai golongan ini ialah;
- Rumah tak siap = kontraktor Lari
- Rumah siap tetapi rumah dibina dgn kualiti yg rendah dan banyak “defect”.
Di ZYQ Homes kami banyak menerima permintaan untuk menyiapkan projek rumah terbengkalai. Namun terpaksa ditolak kerana bimbang akan struktur rumah yang dibina oleh kontraktor sebelumnya. Jika ada pengurangan besi di dalam struktur binaan rumah ia bukan sahaja merugikan pelanggan tetapi meningkatkan risiko keselamatan pemilik rumah itu sendiri.
Alhamdullilah di ZYQ Homes kami masih menerima pelanggan yang realistic dan berfikiran terbuka di atas saranan yang kami berikan.Harga rendah bukan segala-galanya, hakikatnya yang penting adalah kualiti kerja dan keselamatan dalam rumah yang perlu dititik beratkan adalah lebih utama.
Tepuk dada tanya selera.. Anda Jenis client yang Macam mana ?
Ir. Mohd Zikri Bin Md.Zaini
CEO ZYQ Homes Sdn Bhd